Tuesday, 31 October 2017

LOVE CHOCOLATE

            My favourite chocolis

Anneyounghaseyo<3.......SAPE YANG SUKE CHOCOLATE???...HUHU...kite geng 😂 yeyy
hahahaha..korang suke makan coklat sebab coklat ni memang kegemaran korang ke sebab memang nak makan coklat?haha..okey2.ni saya memang just nak share pasal coklat.saya taw kalau nak taw sume tentang coklat boleh je cari dalam internet kan?dalam dunia sekarang ni sumenye ade kelebihan di mana mna dan hanya di hujung jari shaja kita boleh menuntut ilmu...soo gunekanlah kelebihan ini untuk memnfaatkan ilmu itu okey?


              Antara penggemar coklat ini ialah perempuan.betolkan?hihi sebab dengan rase yang manis dan pelbagai perisa yang dijual dipasaran sekarang antara jenama-jenama coklat yang saya tahu ialah CADBURY,FERREROCHER,TOBLERONE,HERSYES,KITKAT dan sebagainya. Saya taw bnyak lagi jenis coklat kat malaysia ini tapi saya tak senaraikan disini.
korang tahu tak banyak kelebihan coklat.


           


9 Kelebihan Makan Coklat



9 Kelebihan Makan Coklat | “Coklat yang sihat” ialah coklat yang mengandungi sekurang-kurangnya 70% koko, biasanya dark chocolate! Menurut Women Health Magazine, ada 9 kelebihan makan coklat yang anda perlu tahu!

9 Kelebihan Makan Coklat

(1) Jantung yang Sihat!

Kajian terkini menyatakan bahawa coklat sangat bagus untuk kardiovaskular! Di dalam satu kajian selama 9 tahun di Sweeden ke atas 31,000 wanita mendapati, wanita yang makan 1-2 hidangan coklat setiap minggu boleh mengurangkan 1/3 daripada risiko kegagalan jantung.
Satu lagi kajian di Jerman mendapati, 1 bar coklat setiap hari boleh merendahkan tekanan darah, mengurangkan risiko serangan jantung dan strok sehingga 39%! Kredit kepada flavonoids, komponen antioksidan yang meningkatkan fleksibiliti pembuluh vena dan arteri darah.

(2) Mengurangkan Berat Badan!

Makan coklat boleh kurus? Biar betul!
Kajian di University of Copenhagen mendapati, dark chocolate mengenyangkan dan beri lebih rasa kepuasan berbanding coklat biasa. Maka, makan dark chocolate akan buat kita rasa kurang mengidam makanan manis, masin atau berlemak. Jadi, dengan mengamalkan makan dark chocolate akan buat anda berdisiplin untuk makan dalam saiz yang kecil, dan tak terpesong dari diet sihat anda.

(3) Anak yang lebih Ceria!

Ibu mengandung yang makan coklat setiap hari sepanjang kehamilan dilaporkan boleh mengawal tekanan lebih baik, berbanding ibu hamil yang tak makan coklat. Satu kajian di Finnish mendapati bayi kepada ibu-ibu hamil yang makan coklat ini lebih ceria dan selalu senyum!

(4) Mengelakkan Kencing Manis (Diabetes)!

Dalam satu kajian di Itali, peserta yang makan coklat sekali sehari selama 15 hari mendapati, rintangan insulin dalam badan mereka berkurangan hingga separuh. Ini kerana, Flavonoids meningkatkan penghasilan Nitrik Oksida yang membantu mengawal kadar sensitiviti insulin.

(5) Mengurangkan Tekanan!

Stress? Kajian Saintis dari Swiss mendapati bahawa, apabila orang yang terlalu gelisah makan coklat (1.5 oz dark chocolate) setiap hari selama 2 minggu, paras hormon tekanannya semakin berkurangan. Jadi, jika anda putus cinta, makan 1 bar dark chocolate jauh lebih baik daripada sepotong ais krim!

(6) Pelindung Matahari!

Baru-baru ini penyelidik di London menguji flavanol coklat sebagai agen pelindung matahari. Selepas 3 bulan makan coklat yang mengandungi paras flavanol yang tinggi, kulit kepada peserta kajian mereka tidak mudah menjadi merah terbakar, iaitu kesan terbakar apabila terkena cahaya matahari. Sebaliknya, peserta yang makan coklat kurang flavanol tidak mendapat efek pelindung matahari yang sama. Jadi, carilah jenama coklat yang mempunyai kandungan flavanol yang tinggi!

(7) Tinggi Intelek!

Makan coklat juga boleh bantu kuatkan tenaga segera minda. Penyelidik di University of Nottingham mendapati minuman coklat yang kaya dengan flavanol akan beri tenaga segera aliran darah kepada bahagian utama di dalam otak selama 2 ke 3 jam, yang mana akan meningkatkan prestasi otak dalam jangkamasa pendek.
Penyelidik di Oxford University dan Norway pula membuat kajian efek jangkamasa panjang coklat kepada otak, ke atas lebih 2,000 individu berusia lebih 70 tahun. Kajian mendapati, mereka yang mengambil coklat tinggi flavanol, wine atau teh mendapat markah lebih tinggi berbanding mereka yang tak mengambilnya.

(8) Melegakan Batuk!

Satu kajian mendapati coklat melegakan batuk, hampir sama fungsi seperti codeine. Ini adalah disebabkan oleh kandungan theobromine di dalamnya yang bukan sahaja bertanggungjawab memberi rasa sedap kepada coklat, malah mengurangkan aktiviti vagus nerve di dalam otak.
Menurut Maria Belvisi, seorang Profesor Farmakologi Respirasi di National Heart and Lung Institute di London, Theobromine tiada efek negatif. Sebaliknya, Codeine membuatkan kebanyakan orang rasa mengantuk, lesu dan semestinya tidak sesedap rasa coklat!

(9) Melegakan Cirit-Birit (Diarrhea)

Menurut sejarah masyarakat Amerika Selatan dan Eropah, pada abad ke-16, mereka menggunakan koko untuk merawat diarrhea. Para saintis di Children’s Hospital Oakland Research Institute mendapati, flavonoids di dalam koko mengikat protin yang mengawal penguraian cecair di usus kecil, seterusnya menghentikan aktiviti cirit-birit tersebut.
 okey..korang taw tak kenape perempuan suke sangat makan coklat?perempuan suka mkan coklat kerana bagi mereka coklat amat menenangkan dan serta merta boleh hilangkan rase stress.Begitu juga,ade hari mereka yang amat menginginkan coklat kerana ingin merasa makanan yang manis.Bukan sahaja coklat yang makanan manis dan digemari oleh mereka,malah kek dan sebagainya.
 Coklat juga dianggap sebagai makanan sampingan bagi mereka.Kita perlu tahu juga bukan hanya perempuan yang suke coklat ni taw....LELAKI pon sukekan coklat ni,tapi bagi sesetenagah lelaki je la...huhu saye pon tak taw..tp bergantunglah kepada setiap orang individual kerana setiap manusia lain-lain citerasa sepertimana "RAMBUT SAMA HITAM,TAPI HATI LAIN -LAIN"
Tapi jangnlah selalu mkan coklat malah dijadikan rutinkerana amat menggemarkannya.Kita kene ingat sebab coklat ini juga ade keburukannya.Setiap yang mempunyai kebaikan mesti ade keburukan juga.
.jangan ambil Coklat secara berlebihan sebab coklat juga ada keburukannya. Nak tau apa keburukannya....mesti ramai yang cakap Coklat mengemukkan...Betul tak..??



Coklat Menggemukkan..??
Bukan itu jawapannya kerana takat lebur lemak koko yang ada pada Coklat hanya sedikit dibawah suhu normal manusia. Jika sepotong Coklat dimakan, maka lemak tersebut akan cair sendiri di dalam mulut dan menimbulkan rasa lembut di dalam mulut. Lemak koko tidak langsung diserap tubuh ianya kerana bukan dari jenis yang mengemukkan. Namun begitu Koko yang ada dipasaran amat "mahal" jika dibandingkan dengan "gula" atau "Minyak Nabati (Minyak yang disari/diekstrak dari bahagian tumbuhan cth: Minyak Kelapa Sawit, Minyak Matahari, Minyak Jagung, dll)". Oleh itu, ramai pengeluar Coklat menggunakan kedua-dua bahan ini untuk mengantikan koko dalam penghasilan Coklat.  Disebabkan kebanyakkan Coklat di pasaran sekarang mengandungi lebih gula dan mungkin sedikit minyak nabati maka Coklat tersebut mengandungi lebih sedikit kalori dari Coklat yang "Mahal harganya". 
Oleh sebab itulah ramai yang tersalah anggap pada Coklat....jadi kita kena jadi pengguna yang bijak......Okay....Sekarang banyak Coklat ada paparkan Maklumat Pemakanan...so pandai-pandai la....



Tapi.....!!bagi yang ingin menguruskan badan boleh cuba minum Coklat panas kerana ianya boleh mengurangkan selera makan anda (yang nak kurus tu tak yah la nak ikut) 





Bagi yang ada Migrain tu...
Hampa tak yah la makan lebih sangat sebab Coklat ada mengandungi kafein..tapi tak la banyak..dos rendah jerr...cam aku cakap jangan la makan banyak....


Phenylethylamine yang ada dalam Coklat yang jua mempunyai khasiat Aphrodisiac dapat menaikkan perasaan berahi...jangan salah anggap maksud saya perasaan "Jatuh Cinta"...Sebab tu ramai pakwe-pakwe kat luar suka bagi hadiah coklat kat awek dia....bagi yang Romantik jerr....!!
huhu..betol x?
ni sekadar share okey...mintak maaf jika ade kesilapan ketika menulis...sesungguhnya yang baik itu datang daripada allah dan yanag buruk itu dtg drpd saya..okey..
love u all
thanks sebab membace💖please comment okey for me..huhu

No comments:

Post a Comment

LOVE CHOCOLATE

            My favourite chocolis Anneyounghaseyo<3.......SAPE YANG SUKE CHOCOLATE???...HUHU...kite geng 😂 yeyy hahahaha..korang suk...