Tuesday, 31 October 2017

LOVE CHOCOLATE

            My favourite chocolis

Anneyounghaseyo<3.......SAPE YANG SUKE CHOCOLATE???...HUHU...kite geng 😂 yeyy
hahahaha..korang suke makan coklat sebab coklat ni memang kegemaran korang ke sebab memang nak makan coklat?haha..okey2.ni saya memang just nak share pasal coklat.saya taw kalau nak taw sume tentang coklat boleh je cari dalam internet kan?dalam dunia sekarang ni sumenye ade kelebihan di mana mna dan hanya di hujung jari shaja kita boleh menuntut ilmu...soo gunekanlah kelebihan ini untuk memnfaatkan ilmu itu okey?


              Antara penggemar coklat ini ialah perempuan.betolkan?hihi sebab dengan rase yang manis dan pelbagai perisa yang dijual dipasaran sekarang antara jenama-jenama coklat yang saya tahu ialah CADBURY,FERREROCHER,TOBLERONE,HERSYES,KITKAT dan sebagainya. Saya taw bnyak lagi jenis coklat kat malaysia ini tapi saya tak senaraikan disini.
korang tahu tak banyak kelebihan coklat.


           


9 Kelebihan Makan Coklat



9 Kelebihan Makan Coklat | “Coklat yang sihat” ialah coklat yang mengandungi sekurang-kurangnya 70% koko, biasanya dark chocolate! Menurut Women Health Magazine, ada 9 kelebihan makan coklat yang anda perlu tahu!

9 Kelebihan Makan Coklat

(1) Jantung yang Sihat!

Kajian terkini menyatakan bahawa coklat sangat bagus untuk kardiovaskular! Di dalam satu kajian selama 9 tahun di Sweeden ke atas 31,000 wanita mendapati, wanita yang makan 1-2 hidangan coklat setiap minggu boleh mengurangkan 1/3 daripada risiko kegagalan jantung.
Satu lagi kajian di Jerman mendapati, 1 bar coklat setiap hari boleh merendahkan tekanan darah, mengurangkan risiko serangan jantung dan strok sehingga 39%! Kredit kepada flavonoids, komponen antioksidan yang meningkatkan fleksibiliti pembuluh vena dan arteri darah.

(2) Mengurangkan Berat Badan!

Makan coklat boleh kurus? Biar betul!
Kajian di University of Copenhagen mendapati, dark chocolate mengenyangkan dan beri lebih rasa kepuasan berbanding coklat biasa. Maka, makan dark chocolate akan buat kita rasa kurang mengidam makanan manis, masin atau berlemak. Jadi, dengan mengamalkan makan dark chocolate akan buat anda berdisiplin untuk makan dalam saiz yang kecil, dan tak terpesong dari diet sihat anda.

(3) Anak yang lebih Ceria!

Ibu mengandung yang makan coklat setiap hari sepanjang kehamilan dilaporkan boleh mengawal tekanan lebih baik, berbanding ibu hamil yang tak makan coklat. Satu kajian di Finnish mendapati bayi kepada ibu-ibu hamil yang makan coklat ini lebih ceria dan selalu senyum!

(4) Mengelakkan Kencing Manis (Diabetes)!

Dalam satu kajian di Itali, peserta yang makan coklat sekali sehari selama 15 hari mendapati, rintangan insulin dalam badan mereka berkurangan hingga separuh. Ini kerana, Flavonoids meningkatkan penghasilan Nitrik Oksida yang membantu mengawal kadar sensitiviti insulin.

(5) Mengurangkan Tekanan!

Stress? Kajian Saintis dari Swiss mendapati bahawa, apabila orang yang terlalu gelisah makan coklat (1.5 oz dark chocolate) setiap hari selama 2 minggu, paras hormon tekanannya semakin berkurangan. Jadi, jika anda putus cinta, makan 1 bar dark chocolate jauh lebih baik daripada sepotong ais krim!

(6) Pelindung Matahari!

Baru-baru ini penyelidik di London menguji flavanol coklat sebagai agen pelindung matahari. Selepas 3 bulan makan coklat yang mengandungi paras flavanol yang tinggi, kulit kepada peserta kajian mereka tidak mudah menjadi merah terbakar, iaitu kesan terbakar apabila terkena cahaya matahari. Sebaliknya, peserta yang makan coklat kurang flavanol tidak mendapat efek pelindung matahari yang sama. Jadi, carilah jenama coklat yang mempunyai kandungan flavanol yang tinggi!

(7) Tinggi Intelek!

Makan coklat juga boleh bantu kuatkan tenaga segera minda. Penyelidik di University of Nottingham mendapati minuman coklat yang kaya dengan flavanol akan beri tenaga segera aliran darah kepada bahagian utama di dalam otak selama 2 ke 3 jam, yang mana akan meningkatkan prestasi otak dalam jangkamasa pendek.
Penyelidik di Oxford University dan Norway pula membuat kajian efek jangkamasa panjang coklat kepada otak, ke atas lebih 2,000 individu berusia lebih 70 tahun. Kajian mendapati, mereka yang mengambil coklat tinggi flavanol, wine atau teh mendapat markah lebih tinggi berbanding mereka yang tak mengambilnya.

(8) Melegakan Batuk!

Satu kajian mendapati coklat melegakan batuk, hampir sama fungsi seperti codeine. Ini adalah disebabkan oleh kandungan theobromine di dalamnya yang bukan sahaja bertanggungjawab memberi rasa sedap kepada coklat, malah mengurangkan aktiviti vagus nerve di dalam otak.
Menurut Maria Belvisi, seorang Profesor Farmakologi Respirasi di National Heart and Lung Institute di London, Theobromine tiada efek negatif. Sebaliknya, Codeine membuatkan kebanyakan orang rasa mengantuk, lesu dan semestinya tidak sesedap rasa coklat!

(9) Melegakan Cirit-Birit (Diarrhea)

Menurut sejarah masyarakat Amerika Selatan dan Eropah, pada abad ke-16, mereka menggunakan koko untuk merawat diarrhea. Para saintis di Children’s Hospital Oakland Research Institute mendapati, flavonoids di dalam koko mengikat protin yang mengawal penguraian cecair di usus kecil, seterusnya menghentikan aktiviti cirit-birit tersebut.
 okey..korang taw tak kenape perempuan suke sangat makan coklat?perempuan suka mkan coklat kerana bagi mereka coklat amat menenangkan dan serta merta boleh hilangkan rase stress.Begitu juga,ade hari mereka yang amat menginginkan coklat kerana ingin merasa makanan yang manis.Bukan sahaja coklat yang makanan manis dan digemari oleh mereka,malah kek dan sebagainya.
 Coklat juga dianggap sebagai makanan sampingan bagi mereka.Kita perlu tahu juga bukan hanya perempuan yang suke coklat ni taw....LELAKI pon sukekan coklat ni,tapi bagi sesetenagah lelaki je la...huhu saye pon tak taw..tp bergantunglah kepada setiap orang individual kerana setiap manusia lain-lain citerasa sepertimana "RAMBUT SAMA HITAM,TAPI HATI LAIN -LAIN"
Tapi jangnlah selalu mkan coklat malah dijadikan rutinkerana amat menggemarkannya.Kita kene ingat sebab coklat ini juga ade keburukannya.Setiap yang mempunyai kebaikan mesti ade keburukan juga.
.jangan ambil Coklat secara berlebihan sebab coklat juga ada keburukannya. Nak tau apa keburukannya....mesti ramai yang cakap Coklat mengemukkan...Betul tak..??



Coklat Menggemukkan..??
Bukan itu jawapannya kerana takat lebur lemak koko yang ada pada Coklat hanya sedikit dibawah suhu normal manusia. Jika sepotong Coklat dimakan, maka lemak tersebut akan cair sendiri di dalam mulut dan menimbulkan rasa lembut di dalam mulut. Lemak koko tidak langsung diserap tubuh ianya kerana bukan dari jenis yang mengemukkan. Namun begitu Koko yang ada dipasaran amat "mahal" jika dibandingkan dengan "gula" atau "Minyak Nabati (Minyak yang disari/diekstrak dari bahagian tumbuhan cth: Minyak Kelapa Sawit, Minyak Matahari, Minyak Jagung, dll)". Oleh itu, ramai pengeluar Coklat menggunakan kedua-dua bahan ini untuk mengantikan koko dalam penghasilan Coklat.  Disebabkan kebanyakkan Coklat di pasaran sekarang mengandungi lebih gula dan mungkin sedikit minyak nabati maka Coklat tersebut mengandungi lebih sedikit kalori dari Coklat yang "Mahal harganya". 
Oleh sebab itulah ramai yang tersalah anggap pada Coklat....jadi kita kena jadi pengguna yang bijak......Okay....Sekarang banyak Coklat ada paparkan Maklumat Pemakanan...so pandai-pandai la....



Tapi.....!!bagi yang ingin menguruskan badan boleh cuba minum Coklat panas kerana ianya boleh mengurangkan selera makan anda (yang nak kurus tu tak yah la nak ikut) 





Bagi yang ada Migrain tu...
Hampa tak yah la makan lebih sangat sebab Coklat ada mengandungi kafein..tapi tak la banyak..dos rendah jerr...cam aku cakap jangan la makan banyak....


Phenylethylamine yang ada dalam Coklat yang jua mempunyai khasiat Aphrodisiac dapat menaikkan perasaan berahi...jangan salah anggap maksud saya perasaan "Jatuh Cinta"...Sebab tu ramai pakwe-pakwe kat luar suka bagi hadiah coklat kat awek dia....bagi yang Romantik jerr....!!
huhu..betol x?
ni sekadar share okey...mintak maaf jika ade kesilapan ketika menulis...sesungguhnya yang baik itu datang daripada allah dan yanag buruk itu dtg drpd saya..okey..
love u all
thanks sebab membace💖please comment okey for me..huhu

pemakanan yang sihat untuk badan

      
  Pemakanan bagi setiap pelajar amat penting untuk dijaga kerana ia amat penting untuk kesihatan diri dan juga minda.Pelajar perlu menjaga pemakanan mereka dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang supaya sentiasa sihat dan dijauhi daripada penyakit yang akan mengganggu fokus kita sewaktu belajar di dalam kelas.Selain itu,pemakanan juga meyumbang kepada minda dan lebih baik lagi jika kita mengamalkan pemakanan untuk menguatkan daya ingatan sepertimana yang diamalkan oleh rasulullah s.a.w.
kita perlu tahu jugak bahawa sepanjang hidup, otak manusia sentiasa berfungsi untuk menerima rangsangan dan maklumat, mengolah, mengembangkan fikiran dan emosi serta menyimpan memori. Zat pemakanan amat diperlukan untuk menjaga otak agar dapat berfungsi secara optimum. Pakar pemakanan mengakui bahawa terdapat zat tertentu atau sebatian kimia dalam sesuatu makanan amat penting untuk fungsi otak manusia dan mengelakkan berlakunya kerosakan serta ketidakupayaan kognitif seseorang. Ini kerana 0tak mengalami perkembangan mengikut fasa pertumbuhan manusia dan ia memerlukan zat pemakanan yang betul dan seimbang bagi memenuhi keperluan tenaga di otak yang lebih tinggi. Semasa dalam kandungan ibu, pembinaan otak manusia merupakan satu fasa yang kritikal kerana pada masa tersebut berlaku proses pembentukan neuron otak dan juga salur mealin. Oleh itu, pada tahap perkembangan yang kritikal inilah akan menentukan kehebatan otak manusia yang dapat dibentuk melalui pengkayaan sumber makanan.

Kenapakah ilmuwan Islam terdahulu memiliki otak genius dan mampu menguasai pelbagai bidang? Corak pemakanan yang menepati pemakanan sunnah harus diambil kira. Berbeza dengan budaya pemakanan masyarakat kita pada masa sekarang. Kadangkala sensitiviti pemilihan makanan terbaik tidak wujud dalam diri masyarakat kita sepertimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Akan datang kepada manusia suatu zaman (ketika itu) seorang tidak lagi peduli dengan apa yang dia dapatkan, apakah dari yang halal atau haram?- HR Bukhari.

Kajian oleh saintis Mind Research Network membuktikan bahawa bahan kimia di dalam otak iaitu N-acetylaspartate (NAA) lebih tinggi arasnya dalam individu yang mempunyai kepintaran yang tinggi berbanding mereka yang mempunyai kepintaran yang sederhana. Maka, penjagaan atau pemeliharaan bahan kimia atau neurotransmiter otak adalah penting untuk mengoptimumkan keupayaan dan kecerdikan seseorang. Sudah pastilah melalui diet dan pemakanan yang baik dapat mengekalkan dan memelihara bahan kimia tersebut pada aras yang optimum.

1.Coklat Hitam

Coklat hitam ternyata dapat membuat pandangan semakin tajam dan meningkatkan kemampuan otak. Coklat juga terbukti menjadi makanan yang cukup berkesan untuk mengawal kadar kolesterol dan tekanan darah tinggi. Penemuan terbaru ini merupakan hasil penyelidikan dari University of Reading, Britain.
Mereka menemui bahawa coklat hitam memiliki banyak kandungan flavanol yang boleh meningkatkan aliran darah ke otak. Hasil kajian ini juga membuka spekulasi bahawa coklat hitam juga membantu meningkatkan aliran darah ke retina untuk mempertajam penglihatan.


2. Omega

Ikan secara keseluruhan banyak memberi manfaat kepada kesihatan anda, terutama terhadap otak anda. Ikan mengandungi Omega-3 (EPA dan DHA), iaitu asid lemak yang memberi manfaat kepada tubuh dalam pelbagai aspek. Satu hidangan ikan seminggu dapat mengurangkan seseorang menghidapi penyakit Alzheimer. Omega-3  menyediakan lebih banyak oksigen ke otak, serta membolehkan seseorang untuk mengekalkan maklumat baru pada masa yang sama masih mengingati maklumat lama. Antara ikan yang mengandungi Omega-3 yang tinggi ialah salmon, tuna, kerapu dan sardin (bukan sardin tin yer).

Manakala Omega-6 pula penting dalam menguatkan ingatan. Sumber yang mungkin dapat diperolehi ialah minyak jagung, minyak matahari, bijan dan labu. Keseimbangan asid lemak politaktepu dalam badan boleh menjadi aras pengukur kecerdikan seseorang. Manakala ketidakseimbangan asid lemak politaktepu akan menyumbang kepada masalah kesukaran dalam pembelajaran, masalah sikap termasuklah gangguan disleksia, ADHD dan autism.

 3. Sayuran Hijau

 Sayur-sayuran berdaun hijau seperti pegaga, kubis, bayam, kangkung dan lain-lain adalah sangat baik untuk otak kanak-kanak dan orang dewasa. Sayur-sayuran ini membantu untuk mengingati maklumat yang lama dan proses seperti anda baru belajar semalam. Ini adalah kerana makanan ini selalunya penuh vitamin B6, B12, dan folate, iaitu merupakan sebatian besar yang diperlukan di dalam otak untuk memecahkan tahap homocystein, yang boleh membawa kepada kealpaan dan juga penyakit Alzheimer. Sayur-sayuran ini mengandungi zat besi yang dapat mengaktifkan kognitif seseorang.


 4. Bijirin.

Bijirin seperti kacang tanah, hazelnuts, gajus, badam, walnut, pecans, biji labu, dan biji bunga matahari adalah baik untuk perkembangan otak. Ini kerana kacang dan bijirin kaya dengan Omega-3 dan Omega-6, folat, vitamin E, dan vitamin B6. Semua nutrien ini dapat mengaktifkan daya pemikiran seseorang. selain itu ia juga kaya dengan  thiamin dan magnesium, yang baik untuk ingatan, fungsi kognitif, dan otak.


 5. Blueberry dan strawberry

 Minum jus blueberry dapat meningkatan kemampuan otak. Blueberry mengandung senyawa kimia antosianin yang dapat mempercepat penyampaian mesej ke otak dan menghalang sel-sel daripada kerosakan kerana bertambahnya usia. Sebuah kajian di New York mendedahkan khasiat buah blueberry dan strawberry mendapati bahawa ke dua buah tersebut ternyata juga banyak mengandungi flavonoid. Dengan rutin mengambil blueberry dan strawberry dapat membantu menjaga fungsi otak dengan baik meskipun usia semakin bertambah tua. Kajian ini juga menjelaskan bahawa wanita yang banyak mengambil buah blueberry atau strawberry mengalami penangguhan penuaan kemampuan kognitif otak hingga 2, 5 tahun dari usia yang sebenarnya. Kemampuan kognitif otak adalah aktiviti otak yang digunakan untuk berfikir, mengingat dan penalaran. Sebuah kajian di Harvard University juga menambah keyakinan para ahli kesihatan dimana buah blueberry dan strawberry boleh membantu menurunkan risiko risiko diserang penyakit parkinson pada lelaki lanjut usia.

Dr. Robert Graham, seorang internis (ahli penyakit dalam) di Lennox Hill Hospital New York, mengatakan bahawa sifat anti oksidan dan anti inflamasi yang berperanan besar dalam penangguhan penurunan kemampuan kognitif otak. Oleh kerana itu, jangan lupa untuk mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran sehingga kesihatan tetap terjaga dengan baik.


 6. Telur


Ketika kita semakin tua, otak kita mulai menyusut karena sesuatu hal yang disebut atrofi otak. Namun, kita bisa melawan proses alamiah ini dengan rutin memakan telur. Hal ini karena telur mengandung banyak vitamin B12 serta lesitin. Vitamin B12 membantu melawan penyusutan otak, yang sering terlihat pada penyakit Alzheimer. Telur, meskipun sangat tidak sehat jika agan makan terlalu banyak, karena penuh dengan asam lemak esensial. Kuning telur, meskipun sangat tinggi kolesterol, juga tinggi kolin, yang merupakan zat pembangun sel otak. Kolin dapat membantu meningkatkan daya ingat agan. Namun jangan kebanyakan yah, cukup 1-2 telur sehari.


7. Rempah-ratus

Rempah-rempah sangat beragam dan tidak terbatas pada ketumbar, kunyit, merica, cabai, bubuk paprika, jintan, kayu manis, kapulaga, bunga lawang, kelabet, adas manis, daun salam koja, dan cengkeh. Rempah-rempah ini sangat bermanfaat untuk menjaga otak tetap segar. Sebagai bahan utama bubuk kari, curcumin penuh antioksidan yang membantu melawan penuaan otak dan memelihara fungsi kognitif saat usia bertambah. Antioksidan juga berjuang melawan kerusakan akibat radikal bebas yang dapat terjadi di dalam otak serta tubuh. Radikal bebas dapat menyebabkan peradangan dan penyakit lain dalam tubuh. Kari tidak hanya baik untuk otak, juga dapat melawan diabetes dan penyakit jantung.


8. Teh Hijau

Teh hijau  sangat bermanfaat bagi otak. Teh hijau mengandung catechin. Kajian saintifik telah mencadangkan pengambilan teh sebagai minuman harian dapat merendahkan risiko penyakit Alzheimer dan demensia.

Menurut Dr Carol Greenwood, seorang saintis nutrisi dari Universiti Toronto, kandungan dalam teh membantu meningkatkan dan memperbaiki kesihatan otak kerana ia memberi kesan terhadap aktiviti sel dalam otak.
Kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Eve Top Center for Neurodegenerative Diseases telah menunjukkan pengambilan teh hijau yang mengandungi flavonoid menjadikan sel otak lebih sihat dan meningkatkan tahap kemampuan otak melawan stress.
Flavonoid ialah sebatian yang yang tergolong dalam kumpulan metabolit sekunder dan kerap ditemui dalam tumbuhan. Ia merupakan bahan utama dalam teh dan berperanan sebagai bahan anti oksida. Teh yang mengandungi flavonoid dapat merawat kecederaan pada sel otak.

9. Tiram.

Tiram kaya dengan zink dan zat besi. Tiram dapat membantu untuk menjaga fikiran yang tajam dan meningkatkan daya ingatan anda. Zink dan zat besi telah dikaitkan dengan keupayaan otak untuk kekal fokus dan ingat maklumat. Kekurangan zink dan besi boleh menyebabkan masalah daya ingatan, dan kurang daya tumpuan.


10. Pisang

Pisang mengandungi potassium, glukos  dan vitamin B. Nutrien ini dapat mengimbangi otak pelajar supaya dapat menerima pembelajaran di luar atau di dalam kelas dengan baik. Kandungan vitamin B6 pisang cukup tinggi, yaitu sebesar 0,5 mg per 100 gram. Selain berfungsi sebagai koenzim untuk beberapa reaksi dalam metabolisme, vitamin B6 berperan dalam sintetis dan metabolisme protein, khususnya serotonin. Serotonin diyakini berperan aktif sebagai neurotransmitter dalam kelancaran fungsi otak.


11. Kurma



Khasiat buah kurma bukan sahaja diakui dalam Islam dan diakui juadah penting berbuka puasa, malah kalangan ahli perubatan menganggapnya buah berkhasiat yang mampu mencerdaskan otak dan menyihatkan tubuh badan.
Pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra malaysia (UPM), Prof Madya Asiah Zain berkata, "Pengambilan buah kurma tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian."

Kurma dapat menyihatkan sel darah merah. Katanya, buah kurma mengandungi vitamin dan E serta komposisi gula yang banyak dikenali sebagai glukosa iaitu sejenis unsur gula dalam darah yang menjadi sumber tenaga serta membantu seseorang berpuasa dalam tempoh yang lama. menurut beliau kanak-kanak digalakkan memakan banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. : "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."


12. Buah Delima

Kajian ke atas tikus di Universiti Perubatan Washington mencadangkan bahawa meminum jus delima semasa hamil boleh mengurangkan ‘hypoxia ischemia’ yang berkaitan kecacatan otak pada bayi, Kata Penyelidik.

Kajian juga menunjukan delima boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer.
Maka tidak hairanlah mengapa Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud,

" Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68].



13. Kismis.

Kismis atau dipanggil raisin dalam bahasa Inggeris atau zabib dalam bahasa Arab. Disabdakan Rasulullah SAW,

    "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan, menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih."
 Gula dalam kismis telah dikenalpasti dapat meningkatkan daya pemikiran otak. Ini kerana otak memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak untuk berfungsi dengan baik dan kismis dapat menyediakan keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak dan cepat. Kismis juga mengandungi zat besi berfungsi untuk membina darah supaya bekalan oksigen mencukupi untuk disalurkan ke otak. Selain menajamkan minda, kismis merupakan serat yang baik dan dapat dihadamkan dengan cepat untuk penghasilan tenaga berfikir.


14. Madu

Secara umum, madu telah dikenal sebagai makanan, baik untuk pemakanan maupun sebagai suplemen kesihatan atau juga kecantikan. Tidak hanya itu, khasiat madu tidak diragukan lagi yang kaya akan vitamin, mineral, bahkan hormon penting bagi tubuh yaitu: gula (glukosa dan fruktosa), beragam mineral (kalsium, potassium, magnesium, sodium klorin, sulfur, besi dan fosfor) dan vitamin-vitamin (B1, D2, B3, B5, B6 dan C). Madu juga mengandung sejumlah kecil dari beberapa macam hormon, tembaga, iodium dan zinc.
Madu mempunyai banyak khasiat dan antara salah satunya adalah melancarkan fungsi otak. Madu dipercayai dapat merawat penyakit-penyakit mental di mana ia dapat menghindarkan kepenatan fungsi kerja otak seperti berfikir dan membaca. Ini kerana dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W bersabda “siapa ingin hafal hadis, hendaklah minum manisan madu”.

15. Susu Segar

Susu baik merangsang otak, menajamkan fikiran, bekalkan tenaga dari sudut mental dan fizikal.Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air berfungsi untuk pertumbuhanbadan dan otak. Susu berkhasiat kerana mempunyai kaborhidrat, lemak, protein, vitamin, mineraldan air. Sabda Rasulullah s.a.w bahawa susu dapat menguatkan tulang, menajamkan akal, penglihatan yangbaik dan menghindarkan penyakit lupa. Susu yang baik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan susu lembu segar. Amalkan meminum sekurang-kurangnya segelas pagidan segelas malam. Mulai dengan bismillah.


16. Labu

Labu dapat menambah keupayaan fikiran dan akal. Nabi bersabda “makanlah labu kerana ia member kecerdasan kepada akal serta jika kamu membuat sup atau kuah kemudian memasukkan labu maka ia akan meningkatkan kemampuan keupayaan akal dan fikiran.


17. Halia

Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.


18. Limau Oren

Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan. 


19. Daging Ayam Betina.
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.


20. Badam.

Badam penting untuk kesihatan kerana khasiatnya yang pelbagai, ia boleh dimakan mentah, dikukus seperti kekacang atau dijadikan bahan campuran makanan seperti kuih dan sebagainya. Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. Protein tenusu yang terdapat dalam badam dapat membantu untuk mendapatkan otak yang bergeliga dan bijak

Badam adalah sumber nutrients yang membantu perkembangan minda. Badam meningkatkan tahap intellectual yang tinggi dan dianggak sebagai makanan penting untuk tumbesaran kanak kanak. Ramai ibu member badam, direndam didalam air kepada anak anak mereka setiap pagi (2-3 biji, anda juga boleh membuang kulit badam jika ia mendatangkan alahan). 
Kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin dalm telur, begitu juga niasin yang dimilikinya melebihi gandum. 


21. Glukosa.

Glukosa membantu menghasilkan tenaga untuk sel otak supaya fokus dan mempunyai daya ingatan yang kuat. Menurut Dr. France Bellisle, pakar global dalam tingkah laku makan dan tingkah laku kognitif, `Ada kebenarannya jika dikatakan bahawa jumlah glukosa mungkin mempengaruhi keupayaan otak kita untuk berfungsi.'

Pada asasnya otak memerlukan tenaga untuk bekerja. Hampir seluruh tenaga ini dibekalkan secara eksklusif oleh glukosa.


22. Gingko.

Gingko memperbaiki peredaran darah di serebrum dan pemancar isyarat saraf. Ia meningkatkan daya ingatan, kewaspadaan mental dan kewarasan mental. Berdasarkan kajian, pengambilan sebanyak 120 hingga 240 miligram (mg) gingko sehari selama tiga hingga enam bulan memberi kesan yang signifikan ke atas fungsi kognitif di kalangan penghidap Alzheimer. Keberkesanannya adalah setanding dengan donepezil, ubat yang digunakan dalam rawatan penyakit Alzheimer.



23. Pegaga.

Pegaga berfungsi sebagai perangsang untuk otak dan mengelakkan penyakit nyanyuk. Pegaga dapat mengembalikan kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan, meningkatkan tindakbalas serta menambahkan kekuatan fizikal dan mental. WHO telah mengumumkan bahawa pegaga terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak. 

Kecerdasan Minda ( IQ ) seseorang tidak bergantung kepada bilangan sel neuron di otak tetapi bergantung kepada jumlah hubungan yang di bentuk oleh ramisaraf dendrit ( dendrit fibres ) di neuron. Otak yang cerdas banyak membentuk hubungan di antara ramisaraf dendrit. Kajian menunjukkan ramisaraf dendrit boleh diransang pertumbuhannya melalui pemakanan serta tenaga yang mencukupi bagi merangsang proses tumbesaran minda untuk berfikir dengan lebih kritis.

Walaubagaimanapun perlu diingatkan bahawa memenuhi keperluan nutrien yang baik bermula sejak bayi lagi adalah penting untuk kecerdikan yang optimum, perkembangan akhlak dan peribadi pembentukan otak yang bijak juga bermula daripada pendidikan dan amalan pemakanan yang halal dan sihat.di yang baik. Pemilihan makanan halal dan baik perlu dititikberatkan sepertimana yang dianjurkan dalam Islam. Ini kerana 
pembentukan otak yang bijak juga bermula daripada pendidikan dan amalan pemakanan yang halal dan sihat.
https://www.webkesehatan.com/makanan-otak-cerdas-kuat/

pengurusan masa



            
         Setiap pelajar haruslah tahu bahawa masa itu amatlah penting dan sehingga sekarang dianggap sebagai "MASA ITU EMAS"kerana betapa pentingnya mase sekarang,kita sebagai pelajar harus mengahargai mase dngn mengejar masa dan bukanla dengan mengabaikan masa berlalu dengan begitu cepat kerana masa ini bergerak dan berdetik dengan begitu cepat.Terdapat beberapa tips yang saya mahu kongsikan.DEFINISI;https://www.scribd.com/doc/217889867/Definisi-Pengurusan-Masa






                 13 tips pengurusan masa
Jika anda pernah bekerja sebagai guru sekolah, anda mungkin tahu bagaimana tipspengurusan masa adalah sangat berharga. Loceng akan bunyi setiap empat puluh minit dan tenaga anda diperlukan untuk bergerak sama ada anda sudah bersedia atau tidak.Dalam usaha untuk pelajar-pelajar anda untuk belajar apa yang mereka perlu belajar dalam jumlah terhad masa anda dengan mereka, maka jumlah masa yang terhad untuk dibelanjakan perlu digunakan dengan baik.


Guru yang berkesan ada tips pengurusan masa yang baik. Tips ini membantu mereka untuk mengurus beban kerja mereka dan mengendalikan pelajar dengan cara yang paling berkesan. Sama seperti di dalam kelas, tips pengurusan masa yang boleh membantu anda menjalani kehidupan yang lebih berkesan supaya hidup anda tidak terbazir kerana penggunaan tidak wajar masa.


Tiga belas tips Pengurusan Masa 
1. Fikir secara mendalam tugasan yang akan anda untuk jalankan sebelum anda memulakan. 
2. Jangan mengambil terlalu banyak tugasan pada masa yang sama. 

3. Selesai satu projek dahulu sebelum memulakan yang baru. 
4. Sentiasa berusaha untuk menyelesaikan semua yang anda bermula. 

5. Memperkemaskan kertas kerja anda supaya anda tidak membuang masa pada duplikasi yang sia-sia. 
6. Meminta bantuan. Mengagihkan semua tugasan dan bukannya melakukan segala-galanya diri anda. 
7. Mengetepikan masa tanpa gangguan untuk menyiapkan projek supaya anda boleh mengelakkan gangguan. 
8. Beri perhatian kepada arahan dan perbualan supaya anda mendapat maklumat tepat dari kali pertama. 
9. Sebelum anda menjalankan suruhan, pastikan anda akan bersedia untuk tugasan. 
10. Jadual temu janji anda pada waktu pagi supaya anda menjadi lebih teratur. 
11. Tempatkan satu ruang bekerja supaya anda tidak membuang masa mencari item tidak kena pada tempatnya. 
12. Pilih pakaian anda untuk pagi berikutnya dan mempunyai segala-galanya yang bersedia supaya anda tidak membuang masa anda di waktu pagi. 
13. Sentiasa pastikan gas tangki anda separuh penuh atau lebih supaya anda tidak perlu berhenti apabila ia tidak hampir. 



Masa amat berharga dan kita sering mengambil ringan. Kami sama ada mempunyai terlalu banyak atau terlalu sedikit

.http://melayumaya.blogspot.my/2012/03/10-tips-pengurusan-masa-berkesan.html

ciri-ciri pelajar cemerlang

                                                    


Berderap seiring berjalan pulang,
Mawar disisip hiasan si dara,
Remaja kini berperibadi cemerlang,
Menjadi tunjang aspirasi negara.

Pantun di atas menerangkan bagaimana seorang pelajar yang cemerlang dapat memberikan kebaikan kepada negara. Hal ini demikian kerana pelajar cemerlang mampu merealisasikan aspirasi negara dan seterusnya bakal menerajui tampuk pemerintahan negara. Sehubungan dengan itu, setiap pelajar perlu mengambil inisiatif untuk menjadi pelajar yang cemerlang, bak kata peribahasa, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Bagi menjadi pelajar yang cemerlang, pelbagai kriteria yang positif perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka.

    Ciri-ciri utama pelajar cemerlang ialah pelajar yang mempunyai sahsiah dan peribadi terunggul kerana hal ini amat menitikberatkan keperibadianseorang pelajar kerana mereka akansentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia tidak kiralah ketika bersama keluarga, guru mahupun rakan-rakan.Sebagai contoh, pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati dan menyayangi guru mereka. Mereka juga sentiasa berlapang dada untuk membantu rakan-rakan dalam pelajaran. Sifat sombong dan angkuh tidak pernah wujud dalam kamus hidup seorang pelajar yang cemerlang. Mereka sentiasa mengamalkan sikap bermurah hati dan tidak pilih kasih dalam pergaulan dengan membeza-bezakan bangsa, agama dan prestasi akademik kerana menyedari bahawa setiap manusia adalah sama di sisi Allah. Sahsiah dan peribadi pelajar yang cemerlang yang unggul disenangi oleh orang di sekelilingnya kerana mereka tetap bergaul mesra kerana tidak bersikap seperti kera sumbang. Oleh itu, jelaslah bahawa pelajar cemerlang mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul.
            
       Seterusnya, pelajar yang cemerlang sentiasa mengikut ajaran agama. Setiap agama di dunia ini menganjurkan manusia melakukan kebaikan tidak kiralah agama Islam, Kristian, Hindu mahupun Buddha. Pelajar yang cemerlang sentiasa menjadikan agama sebagai panduan hidup. Agama menjadi landasan yang paling ampuh dalam membentuk diri pelajar yang cemerlang seperti kata seorang cendekiawan, permulaan hidup seseorang manusia adalah mengenal Tuhan dan agamanya. Pelajar yang cemerlang akan sentiasa mempunyai nawaitu yang suci dalam setiap tindakan yang dilakukan oleh mereka. Sebagai contoh, seorang pelajar Islam yang cemerlang sentiasa menunaikan tanggungjawabnya terhadap Allah iaitu dengan menunaikan solat serta sentiasa berdoa untuk mencapai kejayaan. Oleh itu, jelaslah bahawa agama menjadi pegangan pelajar yang cemerlang agar mereka tidak terpesong daripada matlamat sebenar hidup di dunia ini serta seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).
            
             Selain itu, pelajar yang cemerlang sentiasa menyedari hakikat bahawa masa itu emas dan tidak mensia-siakan setiap saat yang dimilikinya. Mereka sentiasa mengisi masa terluang dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku, mengulang kaji pelajaran, dan beriadah. Mereka juga menyediakan jadual aktiviti harian yang fleksibel agar aktiviti yang mereka lakukan seimbang daripada aspek jasmani dan rohani. Penyediaan jadual aktiviti harian amat penting bagi memastikan pelajar tidak hanya menghabiskan masa selama 24 jam di meja belajar sahaja. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan mereka dengan membaca buku sekiranya mempunyai masa yang terluang. Hal ini demikian kerana, mereka menyedari melalui pembacaan, mereka akan dapat meluaskan horizon pemikiran mereka dan seterusnya menjadikan diri mereka seorang pelajar yang cemerlang. Mereka juga sentiasa menyiapkan setiap tugasan yang diberi dan tidak menangguhkannya. Mereka juga tidak mengamalkan sikap seperti pahat dengan penukul dalam proses menuntut ilmu. Oleh hal yang demikian, jelaslah kepada kita semua bahawa pelajar yang cemerlang sentiasa bijak dalam mengisi setiap saat dan minit dalam kehidupan mereka agar tidak berakhir dengan penyesalan.
            
           Di samping itu, ciri pelajar yang cemerlang termasuklah sentiasa memberikan tumpuan ketika guru sedang mengajar. Hal ini demikian kerana, perhatian dan tumpuan yang diberikan menjadi salah satu medium pembentukan pelajar yang cemerlang di samping meningkatkan pemahaman mengenai subjek yang dipelajari. Sebagai contoh, seseorang pelajar haruslah memberi sepenuh perhatian dan fokus ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Mereka harus menghargai setiap detik waktu dalam proses tersebut kerana masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya,maka ia akan memotong kita. Tumpuan dan perhatian pelajar di dalam kelas sahaja menjadi salah satu ciri pelajar cemerlang malahan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam sesuatu subjek yang dipelajari. Tambahan lagi, sekiranya mereka menerapkan ciri yang berikut dalam diri mereka, mereka akan disenangi oleh para guru. Para guru akan berasa senang hati ketika mengajar seterusnya memberi keberkatan kepada pelajar tersebut untuk memperoleh kejayaan dalam pelajaran, peperiksaan bahkan dalam kerjaya mereka pada masa akan datang. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa pelajar yang cemerlang sentiasa memberikan tumpuan semasa guru sedang megajar di dalam kelas.
            
         Bukan itu sahaja, pelajar yang cemerlang juga mempunyai wawasan hidup. Hal ini demikian kerana wawasan hidup diperlukan supaya mereka sentiasa dapat mencapai segala cita-cita dalam hidup mereka. Sebagai contoh, mereka yang cemerlang sentiasa mempunyai sasaran dalam peperiksaan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Selain itu, wawasan hidup mampu mengajar mereka erti berdisiplin dan bertanggungjawab dalam hidup berikutan mereka akan lebih teliti dan kreatif dalam menyusun masa belajar dan melakukan aktiviti seharian. Wawasan hidup merupakan ciri dominan pada diri pelajar cemerlang kerana apabila mereka berwawasan, mereka sentiasa berusaha gigih kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Pelajar yang mempunyai wawasan juga lebih mengetahui hala tuju kehidupan serta tidak mudah berputus asa dalam kehidupan mereka. Walaupun mereka mungkin menemui kegagalan dalam sesuatu perkara, mereka tidak akan mudah bersedih malahan menjadikan kegagalan tersebut sebagai batu loncatan untuk berusaha dengan lebih gigih pada masa hadapan. Wawasan hidup juga mampu menjauhkan diri daripada sifat menangguhkan kerja dalam kalangan pelajar cemerlang. Setiap pekerjaan haruslah dilakukan hingga selesai, bak kata peribahasa, alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Sifat negatif tersebut tidak akan lagi menjadi penghalang kepada diri mereka dalam menempa kejayaan hidup. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa pelajar yang berwawasan merupakan pelajar yang cemerlang.
           
           Sementara itu, untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, setiap pelajar hendaklah sentiasa aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini demikian kerana, melalui aktiviti kokurikulum di sekolah, bakat dan kebolehan para pelajar akan terserlah dan dapat terus digilap untuk mencapai kejayaan. Tamsilannya, para pelajar akan sentiasa melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang diadakan oleh unit beruniform, serta kelab dan persatuan seperti berkawad dan berkhemah. Dalam konteks ini, para pelajar bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan mereka malah turut dapat mencerdaskan otak mereka kerana otak yang cerdas lahir daripada badan yang cergas. Para pelajar juga haruslah menyertai sebarang pertandingan bagi mengenal pasti potensi diri sama ada melalui unit beruniform mahupun akademik. Contohnya, pelajar yang cemerlang akan menyertai pertandingan yang dapat menguji minda serta pemikiran mereka seperti pertandingan perbahasan, forum dan catur. Oleh hal yang demikian, setiap pelajar perlu bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan seimbang.
            


          Intihannya, kriteria-kriteria yang positif perlu ada dalam diri setiap pelajar bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua skop kehidupan. Pelajar yang cemerlang mampu berfikir luar daripada kotak pemikiran dan seterusnya mampu merealisasikan aspirasi negara. Hal ini demikan kerana, pelajar yang cemerlang merupakan pemacu jentera negara dan akan menerajui tampuk pemerintahan negara pada masa hadapan. Oleh itu, generasi pelajar yang cemerlang perlu dipupuk sejak kecil lagi bak kata peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.


http://blogbmspm.blogspot.my/2011/11/ciri-ciri-pelajar-cemerlang.html

LOVE CHOCOLATE

            My favourite chocolis Anneyounghaseyo<3.......SAPE YANG SUKE CHOCOLATE???...HUHU...kite geng 😂 yeyy hahahaha..korang suk...